Tuesday, June 16, 2015

Bangsa Johor Mengalu alukan kedatangan anda

Salam buat semua. Dikala nilai Ringgit Malaysia merundum, dikala orang semua keluar bepusu pusu dari Malaysia untuk melancong, dikala semua orang politik bercakaran, dikala ramai pengiat industri pelancongan diMalaysia sibuk mencari orang untuk dihantar melancong ke Singapore, Indonesia, Vietnam dan negara negara lain, kami mengambil inisiatif untuk terus memperkenalkan Johor bukan sahaja kepada orang orang Malaysia itu sendiri, tetapi kepada orang luar negara. Khususnya negara serumpun. Indonesia, Brunei, Cambodia Thailand, Philiphin dan sebagainya
Negeri Johor sendiri belum habis saya teroka.. budayanya, adat resam orang Melayu, Cina, India dan lain lain bangsa di Johor. Sekarang ini, lebih terkenal dengan panggilan Bangsa Johor.

Selalu terfikir macam mana Melaka boleh menarik ramai pengunjung. Setiap hujung minggu atau cuti umum, confirm penuh dengan pelancong. Kenapa? Memang banyak yang kurang di Johor nie, tapi yang kurang tu pun belum habis di terokai. Yang kurang tu pun masih banyak untuk diperbaiki.. 

Semua orang tahu mengenai Legoland, Hello Kitty World, dan Angry Bird Park. Tapi ramai ke yang tahu mengenai Pulau Aur, Pantai Desaru, Pulau Rawa, Muar, Sate Muar, Mee Bandung dan lain lain lagi tarikan di Johor.. 

Tahu? Tapi pernah rasa ke? Pernah datang ke? Kan.. sebebarnya kita tak perasan pun dengan tarikan ini.. 

Jom.. apa kata, kita lawati tempat tempat menarik yang ada di Johor... Dalam blog ini, semuanya adalah mengenai Johor.. Ya, mengenai Johor.. 

No comments:

Post a Comment