Tuesday, June 16, 2015

Mesjid Sultan Abu Bakar

Mesjid Sultan Abu Bakar merupakan Mesjid Negeri bagi Negeri Johor Darul Ta'zim. Terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru. Mesjid ini telah dibina antara tahun 1892 hingga 1900 setelah mendapat arahan daripada Sultan Abu Bakar ketika itu. 

Mesjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak. Beliau telah mendapat ilham dengan merujuk kepada penampilan bangunan bangunan Inggeris yang agak terkenal ketika itu seperti Menara British pada kurun ke 19. Namun begitu, terdapat juga ciri ciri ke Melayuan yang terdapat didalam pembinaan bangunan Mesjid Sultan Abu Bakar ini, walaupun ianya adalah sedikit. 

Semasa pembinaannya, ia telah diselia oleh Jurutera Kerajaan pada ketika itu iaitu Yahya Awalluddin. 

Mesjid ini adalah mesjid yang sering digunakan oleh Kerabat Diraja Johor untuk menunaikan ibadah solat, samaada lima waktu ataupun solat Jumaat. Sekiranya anda bertuah, anda akan dapat berjumpa dan sama sama menunaikan solat bersama Baginda Sultan Johor.

Mesjid ini menghadap Selat Johor. Kalau ada yang teringin mengambil gambar, tempat ini adalah sangat sesuai. Sekiranya kita berada di kawasan mesjid dan menghadap Selat Johor, kita akan dapat melihat Singapura dengan jelas.

Mesjid ini terletak di Jalan Skudai. Kalau anda melalui jalan Persekutuan Senai - JB, anda akan dapat melihat mesjid ini berada di sebelah kiri anda. Anda akan melalui Hospital Sultanah Aminah, Mahkamah Syariah dan Mesjid Sultan Abu Bakar. 

Sekiranya ada melalui bandar Johor Bahru, anda akan dapati ianya disebelah kanan. Semasa perjalanan anda akan dapati Zoo Johor, dan Mesjid Sultan Abu Bakar.

Mesjid ini digunakan oleh para Sultan Johor dari dahulu lagi untuk solat, terutamanya solat jumaat. Bagi yang berkunjung ke sini pada hari jumaat, mana tahu yang hari itu adalah hari bertuah anda, mungkin dapat berjumpa dengan Sultan Ibrahim. 

No comments:

Post a Comment