Tuesday, August 16, 2016

Pakej Lawatan Sehari Di Johor : Menikmati Alam Semulajadi Di Pontian

Pakej Lawatan Sehari Di Johor : Menikmati Alam Semulajadi Di Pontian

Tahukah anda, bahawa Malaysia merupakan negara terakhir di Benua Asia? Dan sudah tentulah Negeri Johor adalah negeri terakhir Benua Asia. Jadi penghujungnya dia mana? Aha.. dulu semasa saya belajar di tingkatan 1, masa tu tahun 1991, ada seorang guru yang berasal dari Penggerang, Kota Tinggi. Beliau mendakwa, bandar Penggerang adalah bandar terakhir Benua Asia. Dan pada masa itu, saya memang sangat teruja dengan penyataan oleh beliau.



Semakin meningkat usia, baca punya baca, sebenarnya, penghujung Benua Asia bukanlah di Penggerang, Kota Tinggi. Tetapi ia terletak di Tg Piai, Pontian, Johor. Mungkin pada tahun 1991, ianya hanya berdasarkan andaian yang kurang meyakinkan. Tetapi, pada zaman moden ini, kita dapat melihat dengan jelas, dimana kedudukan penghujung Benua Asia dengan hanya menggunakan Google application. Semuanya dapat dilihat dengan jelas. 



Sekiranya anda menginap di Johor Baharu, anda perlu memandu ke Pontian dan terus ke Tg Piai dengan mengambil masa kiri kira 1 jam 30 minit hingga 2 jam perjalanan. Manakala sekiranya anda menginap di bandar Pontian, anda hanya memerlukan kira kira 45 minit perjalanan menggunakan kereta. Anda tidak perlu risau. Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan pengangutan yang kami sediakan. Hanya perlun nyatakan jumlah peserta dan timingnya. Harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan. 


Apa yang menariknya di Penghujung Benua Asia ni? Selain keduduakannya yang terletak di penghujung Benua Aisa, ianya juga merupakan kawasan yang dilindungi dengan hutan paya bakau dan kawasan ini diwartakan sebagai kawasan RAMSAR. 



Anda boleh mengambil gambar dikawasan ini terutamanya di pintu masuk dan platform penghujung benua. Hanya bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. Sekiranya anda bernasib baik, anda berpeluang untuk menyaksikan beberapa spesis monyet yang mendiami kawasan ini. Ianya adalah monyet liar, tetapi oleh kerana terlalu kerap dikunjungi manusia, ianya menjadi seakan monyet jinak yang dibela oleh manusia. TAPI AWAS!! Ianya tetap haiwan liar



Tidak jauh dari Tg Piai, terdapat sebuah jeti yang menghubungkan antara Pontian ke Tg Pinang serta Tg Balai (Pulau Karimun) di Indonesia. 



Berhadapan dengan jeti Kukup, terdapat satu kawasan hutan simpan yang juga mempunyai pelbagai spesis bakau yang sangat penting ekosistemnya terhadap manusia. 



Anda boleh menyewa perkhidmatan bot yang sentiasa berulang alik dari jeti ke Pulau Kukup, sangkar ikan serta chalet dan rumah tumpangan yang ada tebing pekan Kukup. Hanya RM5 dikenakan kepada seorang dewasa yang menggunakan perkhidmatan ini. 



Di Pulau Kukup, terdapat jambatan gantung yang disediakan bagi membolehkan pengunjung menyaksikan senario pulau dan kawasan sekitar. Memang pengalaman yang mengujakan sekiranya berkunjung ke Taman Negara Pulau Kukup



Sekiranya anda berhajat untuk berkunjung ke sini, jangan tunggu lama lama, boleh je call kami. Kami akan aturkan untuk anda. Hubungi kami melalui telefon, applikasi whatsapp, atau berkunjung ke office kami seperti yang tertera di bawah. 

No comments:

Post a Comment