Tuesday, July 21, 2015

Bangunan Dato Jaafar @ Muzium Tokoh Johor

Kali ini kita ke Bangunan Dato Jaafar atau lebih dikenali sebagi Muzium Tokoh Johor. Dato Jaafar merupakan Menteri Besar Johor yang pertama dan nama bangunan ini di ambil bagi menghormati dan penghargaan kepada beliau atas jasa dan sumbangan beliau semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor pada 1886 hingga 1920
Rekabentuk bangunan ini diadaptasi dari beberapa bangunan Inggeris yang terdapat di London seperti Menara Empat, Hardwick Hall dan River Castle. 

Bangunan ini telah dibina pada 1886. Pada awalnya, ianya dibina bagi kegunaan pemerintah pada ketika itu. Namun, fungsinya sentiasa berubah mengikut  keperluan semasa. Contohnya, bangunan ini pernah dijadikan pusat pendidikan bahasa (Maktab Perguruan Bahasa). Sekarang dah pindah di KL dan di namakan Institut Bahasa. Selain itu, bangunan ini juga pernah dijadikan Markas Tentera Jepun selain Tentera Inggeris. Selepas kemerdekaan, banunan ini pernah juga dijadikan sebagai Pejabat Jabatan Kerjaraya (JKR) dan Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sebelum dijadikan Muzium oleh Yayazan Warisan Johor. 

Selain penuh dengan kisah dan tinggalan sejarah, sekarang bangunan ini menempatkan pelbagai info mengenai sejarah orang orang kenamaan, pemimpin, pembesar Negeri Johor. Bagi mereka yang gemarkan sejarah silam, ingin tahu mengenai pemimpin Johor dari dulu hingga sekarang, ini adalah tempat yang paling sesuai. Sebutkan saja siapa pemimpin tersebut. Dari Jaafar Muhammad hinggalah Khalid Nordin. Dari Sultan Abu Bakar hinggalah Sultan Ibrahim. Semua maklumatnya ada disini. 

Lokasi Muzium Tokoh Johor ini terletak di JKR 514 JALAN YAHYA AL-DATAR, 80300 JOHOR BAHRU. Landmarknya adalah Stadium Tertutup MBJB. Bangunan ini bersebelahan dengannya. Kalau dari arah Senai, anda perlu menaiki flyover dan ambil side kiri. Lepas flyover je, terus belok ke kiri.. 

Jika anda dari arah Stulang Laut, anda perlu masuk ke susur kiri sebelum flyover dan melakukan pusingan U dan ambil side kiri dan terus belok ke kawasan parking bangunan ini. 

Dengan teknologi GPS sekarang ini, dah tak ada alasan lagi nak sesat jalan. Kalau sesat tu biasanya sebab tak ada GPS, GPS lambat respond atau memang kita tak pandai sangat nak guna..

No comments:

Post a Comment