Sunday, October 16, 2016

Tempat Bersejarah Di Kota Tinggi : Kota Johor Lama

Tempat Bersejarah Di Kota Tinggi : Kota Johor Lama

Boleh saya katakan bahawa sejarah Kerajaan Johor bermula di Kota Tinggi. Kisahnya bermula selepas kejatuhan Kerajaan Melaka ke tangan Portugis lalu Sultan Melaka melarikan diri hingga ke Johor Lama.  

Lokasi tempat ini terletak kira kira 30km daripada bandar Kota Tinggi. Sekiranya kita dari arah Kota Tinggi, kita perlu melalui beberapa gugusan felda seperti Air Tawar dan Pasak sebelum memasuki simpang di sebelah kanan dan meneruskan perjalanan sejauh kira kira 13km. 

Manakala jika kita dari arah Desaru, jaraknya lebih kurang 20km sebelum memasuki simpang ke Kg Johor Lama disebelah kiri. 

Sepanjang perjalanan, kanan dan kiri jalan dipenuhi oleh ladang kelapa sawit yang memang terkenal di negeri Johor terutamanya digugusan gugusan felda dikawasan Kota Tinggi. 

Papan tanda yang disediakan adalah sangat membantu dari segi pemanduan dan boleh dikatakan penggunakan GPS adalah tidak diperlukan untuk menuju ke kawasan ini. 

Apabila hampir tiba di Kota Johor Lama, kita akan memasuki kawasan kampung dengan jalan yang agak kecil yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan kecil dalam satu satu masa. Namun begitu, anda tidak perlu risau sekiranya membawa bas untuk kesini, kerana terdapat kemudahan tempat letak kenderaan yang mencukupi dan khas disediakan untuk kenderaan besar.



Keadaan sekeliling Kota Johor Lama adalah sangat sesuai dengan namanya. KOTA dan LAMA. Namun begitu kesan tinggalan sejarah yang ingin kita lihat disini iaitu kesan kota itu sendiri sudah tidak kelihatan lagi. Menurut sumber yang saya perolehi, kesan tembok yang ingin saya lihat, berada di bawah timbunan tanah. Sekiranya kesan tembok ini dapat dilihat, ianya sudah pasti menjadi bukti tinggalan sejarah yang sangat mempersonakan. 



Tempat tinggalan sejarah seperti ini, yang keduduakannya jauh dari kota, menjadikan kawasan ini kurang pengunjung. Saya kurang pasti sama ada ianya berlaku pada hari hari biasa atau hari hari kelepasan am juga. Sekiranya, ia juga berlaku pada hari minggu dan hari kelepasan am, ianya menjadi suatu masalah kepada pihak yang bertangungjawab menarik pelancong kekawasan ini. 
 


Antara lain, apa yang saya boleh simpulkan disini mengenai kurangnnya pengunjung kekawasan seperti ini adalah kurangnya promosi, additional activities di sini, tiada program sokongan dikawasan sekitar, kawasan ini tidak menggambarkan sebuah kota seperti namanya dan kurangnya minat orang ramai mengenai tempat seperti ini. 






Jika tidak kerana ada pameran yang diadakan didalam muzium, pastinya pengunjung tidak mengetahui apa yang ada didalam tanah Kota Johor Lama. 




















Sekiranya kawasan sekitar dapat dibangunkan dengan mengadakan tempat tempat riadah, seperti kawasan perkemahan, pusat memancing dan sebagainya, ianya pastinya menjanjikan sesuatu yang lebih menarik. 



Kajian arkealogi bukan sahaja di kawasan sekitar Kota Johor Lama, malah perlu dilakukan dikawasan utama yang dipanggil sebagai KOTA itu sendiri bagi menyerlahkan lagi nama dan tempat seadanya. 







Secara umumnya, bagi peminat sejarah, ianya adalah suatu kawasan yang pastinya menjanjikan sesuatu kelainan dalam mendalami kisah sejarah Johor. Namun begitu masih banyak yang perlu diperbaiki dan ditambah baik bagi menarik golongan yang tidak gemarkan kisah sejarah, mengunjungi kawasan ini. 

No comments:

Post a Comment