Monday, August 15, 2016

Pakej Lawatan Sehari Di Johor : Hargai Diri Dengan Membelibelah Di Johor Baharu

Pakej Percutian Di Johor Baharu - Shopping Tour

Johor Baharu merupakan bandar yang terletak di bahagian paling selatan Semenanjung Malaysia. Lokasinya yang berhadapan dengan Singapore, membolehkan Johor Baharu berkembang sejajar dengan perkembangan negara jiran tersebut. 


Terdapat dua pintu masuk melalui darat sekiranya kita dari Singapore. Pertama adalah dari Woodland melalui Tambak Johor dan terus ke Johor Baharu dan yang kedua melalui Tuas terus ke Second Link dan ke Gelang Patah, Johor. 


Manakala mereka yang menggunakan kenderaan udara, mereka boleh menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang boleh di access melalui Penang, Kota Baharu, KLIA, Ipoh, Surabaya, Bandung, Ho Chi Minh, Medan, Jakarta, Yogyakarta, dan yang terkini melalui Guangzao, China. 


Selain penyokong bola sepak JDT yang setia kepada pasukan, Johor Baharu juga terkenal dengan syurga membelibelah yang mana terdapat lebih 10 pasaraya besar yang menjual pelbagai barangan daripada yang murah hinggalah yang berjenama antarabangsa yang harganya tentunya ribuan ringgit. Kalau dah minat nak buat macam mana kan. 


Antara pasaraya besar yang polular di Johor Baharu adalah Johor Baharu City Square (CS), Johor Baharu City Center (JBCC), Galeria Kotaraya, AEON Tebrau City, AEON Bukit Indah, Perling Mall, Plaza Angsana dan tidak ketinggalan juga Johor Premium Outlet (JPO). 


Bagi makcik makcik dan akak akak yang gemar membeli barangan keperluan harian, di sini juga terdapat pasaraya yang menjual pelbagai keperluan harian seperti Pasaraya Giant, Pasaraya MYIDN dan Pasaraya Tesco. Cakap saja barang apa, kebanyakannya ada terdapat dijual sini. 


Tidak sah kalau sudah menjejakan bumi Johor Baharu tetapi tidak membeli ole ole untuk dibawa balik. Singgah sebentar la di Kilang Bateri. Pelbagai cenderahati dijual disini. Dulunya merupakan sebuah kilang bateri Eveready / Energizer dan telah diubah suai menjadi sebuah gedung yang menjadi tarikan pelancong. 


Kami menawarkan pakej shopping / membelibelah dengan membawa anda seisi keluarga menjelajah dari satu shopping complex ke satu shopping complex yang lain dengan kadar bayaran yang sangat munasabah. 


Berbualah dengan kakitangan kami yang ramah tamah mengenai tempat tempat yang anda ingin lawati, budget yang ada ingin gunakan, berapa orang dan sebagainya. Kami pasti anda akan berpuas hati dengan khidmat yang kami berikan. 

Anda boleh menghubungi kami melalui pelbagai saluran; email, whatsapp, sms, fax, call ataupun kunjungi pejabat kami yang berhampiran dengan anda. 

No comments:

Post a Comment