Tuesday, January 10, 2017

Tempat Riadah Menarik Di Kota Tinggi : Air Terjun Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi 

Kota Tinggi bukan saja terkenal dengan sejarah Kerajaan Johor malah ianya juga terkenal dengan kehijauan alam semulajadi terutamanya hutan dan gunung dengan dihiasi air terjun yang jernih dan menderau. Air terjun Kota Tinggi ni terbahagi beberapa tingkat. Tingkat yang paling atas ada satu kolam. Actually itu sebenarnya bukan kolam la.. sebenarnya ia adalah kesan air yang terjun dari atas (tingkat paling tinggi) so bila hari hari ada air yang kuat lalu di kawasan bawah (kolam), lama lama terjadi la dasar yang dalam. Lebih mudah panggil je kolam. 

So kawasan kolam nie agak dalam la jugak. Saya pernah menyelam sampai ke dasar kolam tu. Memang dalam. Masa nak turun rasa ok je.. Cuma bila nak naik, sebab pressure dari bawah dan dah tak cukup nafas, so terasa tak sampai sampai rasanya. Cuma nampak cahaya terang kat atas, tapi rasa jauh. Hehe, nasib baik masa tu boleh sampai permukaan. 

Tapi, kalau yang tak pandai berenang, atau nafas pendek, sangat tidak digalakan untuk menyelam atau mandi dikawasan ini. Sebenarnya dah ramai yang terkorban dikolam nie. Salah seorangnya adalah kawasan sekelas saya semasa di universiti dulu. 

Bahagian bawah (tingkat paling bawah) sekarang ini telah di bangunkan dengan meletakan beberapa slide. Spiral dan lain lain. Nak masuk tempat nie kena bayar la,  macam biasa. Sama macam theme park yang lain. Cumanya, disini skalanya adalah kecil. So setakat nak mandi manda dengan anak anak, boleh sangat la. 

Ok, kawasan air terjun ni, selain dilengkapkan dengan beberapa slide, terdapat juga beberapa buah resort yang didirikan didalam kawasan air terjun (kaki bukit) dan kawasan diluar kawasan air terjun. Ratenya macam biasa la.. Kalau nak murah, boleh cek di agoda, booking atau trivago. Kalau harga walkin, memang mahal sikit la.. 

Kalau nak kesini, menggunakan hanya kenderaan darat je yang boleh datang. So far belum ada bot atau kapal terbang yang boleh kesini. hehe.. Dari bandar Kota Tinggi, lebih kurang 20 minit macam tu. Kalau nak naik bas pun boleh. 















Untuk keterangan lanjut mengenai Air Terjun Kota Tinggi, boleh saja hubungi kami di talian seperti yang tertera dibawah. 

Sunday, October 16, 2016

Tempat Bersejarah Di Kota Tinggi : Kota Johor Lama

Tempat Bersejarah Di Kota Tinggi : Kota Johor Lama

Boleh saya katakan bahawa sejarah Kerajaan Johor bermula di Kota Tinggi. Kisahnya bermula selepas kejatuhan Kerajaan Melaka ke tangan Portugis lalu Sultan Melaka melarikan diri hingga ke Johor Lama.  

Lokasi tempat ini terletak kira kira 30km daripada bandar Kota Tinggi. Sekiranya kita dari arah Kota Tinggi, kita perlu melalui beberapa gugusan felda seperti Air Tawar dan Pasak sebelum memasuki simpang di sebelah kanan dan meneruskan perjalanan sejauh kira kira 13km. 

Manakala jika kita dari arah Desaru, jaraknya lebih kurang 20km sebelum memasuki simpang ke Kg Johor Lama disebelah kiri. 

Sepanjang perjalanan, kanan dan kiri jalan dipenuhi oleh ladang kelapa sawit yang memang terkenal di negeri Johor terutamanya digugusan gugusan felda dikawasan Kota Tinggi. 

Papan tanda yang disediakan adalah sangat membantu dari segi pemanduan dan boleh dikatakan penggunakan GPS adalah tidak diperlukan untuk menuju ke kawasan ini. 

Apabila hampir tiba di Kota Johor Lama, kita akan memasuki kawasan kampung dengan jalan yang agak kecil yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan kecil dalam satu satu masa. Namun begitu, anda tidak perlu risau sekiranya membawa bas untuk kesini, kerana terdapat kemudahan tempat letak kenderaan yang mencukupi dan khas disediakan untuk kenderaan besar.



Keadaan sekeliling Kota Johor Lama adalah sangat sesuai dengan namanya. KOTA dan LAMA. Namun begitu kesan tinggalan sejarah yang ingin kita lihat disini iaitu kesan kota itu sendiri sudah tidak kelihatan lagi. Menurut sumber yang saya perolehi, kesan tembok yang ingin saya lihat, berada di bawah timbunan tanah. Sekiranya kesan tembok ini dapat dilihat, ianya sudah pasti menjadi bukti tinggalan sejarah yang sangat mempersonakan. 



Tempat tinggalan sejarah seperti ini, yang keduduakannya jauh dari kota, menjadikan kawasan ini kurang pengunjung. Saya kurang pasti sama ada ianya berlaku pada hari hari biasa atau hari hari kelepasan am juga. Sekiranya, ia juga berlaku pada hari minggu dan hari kelepasan am, ianya menjadi suatu masalah kepada pihak yang bertangungjawab menarik pelancong kekawasan ini. 
 


Antara lain, apa yang saya boleh simpulkan disini mengenai kurangnnya pengunjung kekawasan seperti ini adalah kurangnya promosi, additional activities di sini, tiada program sokongan dikawasan sekitar, kawasan ini tidak menggambarkan sebuah kota seperti namanya dan kurangnya minat orang ramai mengenai tempat seperti ini. 






Jika tidak kerana ada pameran yang diadakan didalam muzium, pastinya pengunjung tidak mengetahui apa yang ada didalam tanah Kota Johor Lama. 




















Sekiranya kawasan sekitar dapat dibangunkan dengan mengadakan tempat tempat riadah, seperti kawasan perkemahan, pusat memancing dan sebagainya, ianya pastinya menjanjikan sesuatu yang lebih menarik. 



Kajian arkealogi bukan sahaja di kawasan sekitar Kota Johor Lama, malah perlu dilakukan dikawasan utama yang dipanggil sebagai KOTA itu sendiri bagi menyerlahkan lagi nama dan tempat seadanya. 







Secara umumnya, bagi peminat sejarah, ianya adalah suatu kawasan yang pastinya menjanjikan sesuatu kelainan dalam mendalami kisah sejarah Johor. Namun begitu masih banyak yang perlu diperbaiki dan ditambah baik bagi menarik golongan yang tidak gemarkan kisah sejarah, mengunjungi kawasan ini. 

Tuesday, August 16, 2016

Pakej Lawatan Sehari Di Johor : Riang Ria Bersama Keluarga Di Johor Baharu

Pakej Lawatan Sehari Di Johor : Riang Ria Bersama Keluarga Di Johor Baharu

Kalau berkunjung ke Johor Baharu dengan family, tak sah rasanya kalau tak singgah di Legoland Theme Park, atau paling tidak pun ke Hello Kitty Theme Park. Ini adalah antara yang paling popular di Johor Baharu. Ada pelanggan kami yang kami bawa daripada Vietnam bersama 3 orang anaknya, pada mulanya, mereka sekeluarga merancang untuk menghabiskan masa percutian 3 hari 2 malam mereka ke beberapa tempat di Johor Baharu selain ke Legoland. Tetapi setelah mereka berkunjung ke Legoland, mereka terpaksa menukar rancangan mereka dengan menghabiskan masa 3 hari 2 malam mereka hanya di Legoland. 


Apakan tidak, hari pertama setelah mereka sampai di Senai Airport, kami jemput mereka dan hantarkan mereka di hotel untuk meletakkan luggage yang mereka bawa. Setelah itu, kami hantarkan mereka terus ke Legoland. Tikcet yang mereka beli daripada kami, pada awalnya hanta untuk Legoland Theme Park untuk satu hari. Setelah beberapa jam di dalam theme park, akhirnya mereka keluar dengan muka yang penat. Manakan tidak, anaknya semua hero, setiap permainan yang ada, akan di cuba minimum 2 kali. Ha.. baru dia tau penangan Legoland. 


Pada sebelah malamnya, sepatutnya mereka ingin menikmati makan malam di Bandar Johor Baharu. Tetapi oleh sebab kepenatan, mereka mengambil keputusan untuk membeli makanan segera dan makan di dalam hotel. 
 

 Pada hari kedua, anaknya ingin kembali ke Legoland sebab tidak puas bermain pada hari pertama. Jika mengikut rancangannya, mereka akan ke Hello Kitty dan Angry Bird Theme Park. Dan akhirnya, hari kedua mereka, habis di Legoland juga. Pada sebelah malamnya, kami sempat bawa mereka jalan jalan sekitar Johor Baharu sambil melihat keindahan lampu neon sekitar. Akhirnya mereka terpaksa akur untuk balik ke hotel dan tiba di hotel kira kira jam 10 malam. Esoknya, pagi pagi lagi mereka telah kami jemput untuk di hantar ke Senai Airport dan meneruskan desitnasi ke Ho Chi Minh. 



Just share sedikit pengalaman bersama pelanggan dari Vietnam. 


Ok, sebenarnya di Johor Baharu nie bukan sahaja Legoland, terdapat beberapa theme park yang polular seperti Hello Kitty yang terletak di Nusajaya, Angry Bird yang terletak di kompleks membelibelah JBCC, Bandaraya Johor Baharu, Austin Height Water and Adventure Park, di Tmn Mount Austin, Johor Baharu, TS Wonderland Indoor, Pasir Gudang, KSL Dinosaur Water Theme Park, Johor Baharu, Tiram Indoor Water Theme Park, La Stella Water Theme Park, Kempas dan Karosel Water Theme Park, Skudai


Sekiranya anda berkesempatan melawat Johor Baharu, singgahlah mana mana theme park yang kami telah senaraikan. Harga tiket adalah berbeza antara satu theme park dengan theme park yang lain. Untuk group tour, kami juga menyediakan tiket masuk ke theme park yang ada. 


Untuk pengetahuan anda, antara tips yang kami boleh beri adalah, sekiranya anda berkunjung ke mana mana theme park, anda biasanya menghabiskan masa siang (antara jam 10pagi hingga 5petang) di dalam theme park tersebut. Selepas keluar dari theme park tersebut, biasanya anak anak dan kita sendiri juga kepenatan dan sesuatu yang membosankan dan menggeramkan bila kita jalan jalan tapi anak anak meragam sebab penat. So, ada baiknya jika kita hendak bercuti ke theme park, bercuti la paling kurang pun 3 hari 2 malam. 


Untuk keterangan lanjut mengenai harga dan jadual perjalanan, sila hubungi pihak kami dengan segera. Kami sangat berbesar hati menyambut panggilan daripada anda.